2025-05-15 HaiPress

Siasatan awal mendapati mangsa menukar laluan secara tiba-tiba sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah sama
PASIR PUTEH,15 Mei - Seorang warga emas maut selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Gaal,di sini,petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh,Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata,pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 petang.
Siasatan awal mendapati,mangsa berusia 69 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kuala Terengganu ke Pasir Puteh dipercayai mengubah haluan ke kanan secara tiba-tiba,sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah sama.
Kereta yang dipandu lelaki berusia 54 tahun itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi motosikal terbabit.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tengku Anis,namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Zon Merah.
Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur