2025-05-15 HaiPress

Ketua Polis Kelantan,Datuk Mohd Yusoff Mamat (kanan) ketika menyampaikan surat penghargaan kepada pegawainya atas khidmat cemerlang semasa Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan hari ini
KOTA BHARU,15 Mei - Polis Kelantan mempertingkat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kebimbangan terhadap kemasukan lembu seludup dari negara jiran yang berisiko membawa jangkitan antraks.
Ketua Polis negeri,Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata,langkah itu diambil selepas Thailand merekodkan satu kematian akibat penyakit tersebut pada 1 Mei lalu,menjadikan kebimbangan itu berasas dan perlu ditangani segera.
“Apabila lembu dibawa masuk secara haram,ini bermakna ia tidak melalui proses kuarantin oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan MAQIS,” Katanya.
Beliau turut berharap masyarakat,khususnya yang tinggal di kawasan sempadan,dapat memberikan kerjasama kepada PDRM dan agensi lain dengan menyalurkan maklumat berkaitan.
Datuk Mohd Yusoff bercakap pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan,Kota Bharu.
Mengulas lanjut,Datuk Mohd Yusoff berkata pihaknya menjangkakan peningkatan aktiviti penyeludupan haiwan ternakan berkenaan ekoran permintaan tinggi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pada masa sama,harga lembu seludup yang murah berbanding lembu tempatan turut mendorong berlaku peningkatan kes seludup haiwan berkenaan.
Setakat ini,polis telah mengenal pasti hampir 20 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok sebagai lokasi penyeludupan lembu bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Jeli.
Sepanjang tahun lalu,390 ekor lembu dan 25 kerbau seludup berjaya dirampas pihak berkuasa sempadan seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur