2025-05-15 HaiPress

Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib
KUALA LUMPUR,13 Mei - Kerajaan akan mengambil kira landskap ekonomi semasa sebelum melaksanakan sebarang dasar baharu termasuk langkah penyasaran subsidi petrol RON95,kata Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib.
Ujarnya,sebarang keputusan berkaitan dasar itu memerlukan pertimbangan khusus serta teliti dan akan melibatkan perbincangan di peringkat Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Sebagai kerajaan,kita bertanggungjawab melihat keadaan ekonomi terlebih dahulu dan jika pelaksanaan adalah sukar pada waktu ini,kita tidak akan melaksanakannya".
''Apa yang dicadang akan dibentangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu,selain mendapatkan maklum balas daripada setiap kementerian sama ada sesuai atau tidak untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita padaMajlis Pra-pelancaran WE2025 : Future in Motion di ibu negara,hari ini.
Beliau mengulas mengenai perkembangan berkaitan langkah penyasaran semula subsidi RON95 yang dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.
Pada Mac lalu,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa mekanisme pelaksanaannya masih diperhalusi dan kerajaan tidak mahu membuat pengumuman secara tergesa-gesa.
Pelaksanaan subsidi bersasar ini dijangka melibatkan dua peringkat harga dan berkemungkinan menggunakan sistem pengesahan melalui MyKad.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur