2025-05-15 HaiPress

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia,Kenneth Soh.
KUALA LUMPUR,14 Mei - Ketidaksepadanan antara penawaran dan permintaan dalam pasaran hartanah Malaysia,khususnya bagi rumah mampu milik berharga bawah RM300,000,dikenal pasti menjadi antara punca lebihan bekalan hartanah kediaman.
Menurut Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia,Kenneth Soh,faktor harga bukan satu-satunya penentu utama dalam keputusan pembelian hartanah.
Beliau berkata,pembeli turut mengambil kira aspek lain seperti lokasi,akses kepada kemudahan,tahap keterhubungan serta kualiti binaan sebelum membuat keputusan.
Kenneth berkata demikian selepas pelancaran Laporan Kelestarian 2024 dan Taklimat Tinjauan Pasaran PropertyGuru Group,di ibu negara.
Tambah beliau,perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah hak setiap individu untuk memiliki kediaman yang selamat,selesa dan mudah diakses,tanpa mengira julat harga.
Dalam pada itu,Kenneth turut memaklumkan,rumah berharga bawah RM500,000 masih mencatatkan jumlah transaksi tertinggi.
Sekali gus menunjukkan permintaan yang kukuh dalam segmen tersebut.
Sebelum ini,data Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menunjukkan hartanah kediaman berharga bawah RM300,000 merekodkan lebihan bekalan tertinggi mengikut kategori harga,dengan 7,135 unit tidak terjual,mewakili 30.3 peratus daripada keseluruhan unit kediaman tidak terjual.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur