2025-05-15 IDOPRESS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Kremlin pada pertemuan dua hala hari ini. Foto- BERNAMA
MOSCOW,14 Mei -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohonsokongan peribadi Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melaksanadan mempercepatpelbagai projek termasuk kerjasamadalam bidang teknologi makanan,nuklear dan ketenteraan antara kedua-dua negara.
"Kami akanmemastikan bahawa kerjasama itu meliputi semua bidang," katanya semasa pertemuan dengan Putin di Kremlin pada Rabu.
Anwar juga berkata bahawa Rusia kekal sebagai rakan baik Malaysia,dengan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 1967.
“Sudah banyakperbincangan dan memorandum persefahaman (diadakan),jadi telahsampaimasanyakerjasama itu direalisasikan secepat mungkin,” kata Anwar yang mengetuai delegasi ke Rusia dari 13 hingga 16 Mei.
Beliau berkata pertemuan dengan Putin itu penting memandangkan perbincangan meluas dengan komuniti perniagaan dan ketua industri mengenai pelaburan dalam digital,peralihan tenaga,teknologi makanan,nuklear serta kerjasama ketenteraan.
Semasa pertemuan tersebutAnwar merakamkan ucapan terima kasih terhadapPutin atas penghormatan dan peluang untuk bertemu dan membincangkan isu-isu serta melaksanakannya bagi meningkatkan lagihubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
"Kitaberbincang denganpanjang lebar (dan) anda telah memberikan kami keistimewaan dan penghormatan yang jarang berlaku; Rusia adalah sebuah negara yang hebat dan sangat penting yang memberikan kami penghargaan sedemikian.
“Dan delegasi saya,sudah tentu,amat menghargainya," kata Anwar,yang juga menteri kewangan.
Beliau berkata pertemuan itu membincangkan pelbagai isu yang memberi manfaat.
"Kami berharapkan kejayaan dalam mesyuarat dan perbincangan dalam tempoh beberapa hari yang akan datang ini,” kata beliau.-BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham mewah
Amal by Malaysia Airline jalin kerjasama strategik bersama 13 agensi umrah
Ringgit terus mengukuh pada sesi awal menjelang pengumuman KDNK
Nahas FRU: Pemandu lori didakwa memandu berbahaya, mengaku tidak bersalah
40 lokasi lintasan gajah dilengkapi papan tanda amaran, lampu jalan
Laksana tanggungjawab dengan berintegriti - Tunku Mahkota Ismail
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur