2025-05-15 IDOPRESS

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas melakukan serbuan di kawasan perlombongan bijih besi di Kampung Pahi,tengahari semalam./FB PGA
KUALA KRAI,15 Mei- Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas melakukan serbuan di kawasan perlombongan bijih besi di Kampung Pahi,tengah hari semalam.
Tangkapan dilakukan Batalion 8 pada pukul 1.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.
Komander Briged Tenggara PGA,Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid,berkata ketika serbuan dilakukan,tujuh lelaki warga Bangladesh,tiga lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Indonesia sedang bekerja di lombong berkenaan.
Katanya,seorang daripadanya tiada permit kerja,manakala empat lagi sudah tamat tempoh permit kerja dan selebihnya gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri masuk ke Malaysia secara sah.
"Semua suspek ditahan mengikut Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media hari ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur