2025-05-15 IDOPRESS

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan
SERDANG,15 Mei- Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Muhamad Farid Ahmad dilantik secara rasmi sebagai Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu,berkuat kuasa hari ini.
Sebelum iniMuhamad Farid menjawat jawatan Pegawai Turus D9 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengambil alih tugas Superintenden Shahnaz Akhtar Haji yang memangku jawatan berkenaan sebelum ini.
"Sokongan dan dokongan semua Ketua Bahagian,Ketua Polis Balai dan seluruh anggota di Serdang pastinya akan memperkukuh semangat satu pasukan untuk merealisasikan dan melaksanakan visi dan misi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikiam dalam ucaptama pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Menurut Muhamad Farid,beliau akan memanfaatkan pengalaman berkhidmat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sementara itu Datuk Hussein menyatakan harapannya agar amanah yang dipikul Muhamad Farid dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memajukan IPD Serdang.
"Sebagai satu IPD yang cemerlang boleh menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,itu adalah harapan masyarakat dan juga pucuk pimpinan kepada kita," katanya.
Dalam pada itu,Datuk Hussein turut mengucapkan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan,Perak,kelmarin.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur