2025-05-15 IDOPRESS

- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Mei - Petronas mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan.
Syarikat minyak dan gas negara itu menyatakan,ia telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu dengan syarikat tenaga berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu XRG.
PSC turut ditandatangani dengan syarikat minyak dan gas Turkmenistan iaitu State Enterprise Hazarnebit dan State Concern Turkmennebit bagi medan gas dan kondensat Blok I di Turkmenistan.
"Di bawah terma PSC itu,Petronas akan menguasai 57% kepentingan sebagai pengendali,bekerjasama dengan XRG yang memegang 38%,manakala State Enterprise Hazarnebit memiliki baki lima peratus," menurut kenyataan itu.
Sebagai sebahagian daripada urus niaga berkenaan,satu perjanjian penjualan gas jangka panjang turut ditandatangani dengan syarikat gas nasional Turkmenistan,State Concern Turkmengas.
Blok I yang terletak di Laut Caspian,kini menghasilkan kira-kira 400 juta kaki padu gas asli setiap hari.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur