2025-05-16 HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI,Datuk Dr. Nooh Gadot
KUALA LUMPUR,15 Mei- Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) menegaskan bahawa penyertaan umat Islam dalam majlis keagamaan agama lain yang melibatkan unsur pemujaan berhala dan ritual adalah haram dan dilarang sama sekali.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI,Datuk Dr. Nooh Gadot berkata,tindakan seperti paluan kompang oleh individu Muslim dalam majlis agama lain perlu diberi perhatian serius kerana ia menyentuh isu asas akidah.
"Para ulama daripada empat mazhab utama,Hanafi,Maliki,Syafie dan Hanbali sepakat bahawa penglibatan dalam ritual keagamaan bukan Islam termasuk di rumah ibadat atau lokasi lain,boleh menggugat akidah dan perlu dielakkan walaupun atas alasan budaya atau simbolik.
"Namun begitu,meraikan jemputan ke majlis seperti rumah terbuka tanpa sebarang unsur ritual,dengan jamuan halal dan tidak bercanggah dengan syarak,adalah harus dan dibenarkan," menurut Datuk Dr. Nooh Gadot.
Beliau turut menegaskan bahawa menjaga akidah adalah tanggungjawab utama setiap Muslim,dan umat Islam diseru untuk merujuk panduan hukum dan fatwa yang telah diterbitkan oleh JAKIM sejak tahun 2005 berkaitan isu berkenaan.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur