2025-05-16 HaiPress

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi Mohd Isa / BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Mei- Polis menahan suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang disyaki antara suspek kes penculikan wanita itu di ibu negara,awal pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Isa berkata pihaknya telah membawa suspek ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman,namun permohonan itu ditolak.
“Ketika ini suspek masih dalam tahanan untuk membantu siasatan berhubung kes penculikan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusdi sebelum ini berkata polis kemungkinan akan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan.
Pada 9 April lepas Pamela,42,dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang,pada hari yang sama.- BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur