2025-05-16 HaiPress
Nazmi Rosli menerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan daripada Fadhlina Sidek
KUCHING,15 Mei- Guru Bahasa Inggeris,Nazmi Rosli,anak jati Lawas,Sarawak,hari ini menerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan sempena Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Kuching.
Nazmi diiktiraf atas pendekatan pembelajaran yang kreatif dan inovatif,terutamanya dalam memupuk minat pelajar terhadap subjek Bahasa Inggeris. Pendekatan yang menekankan empati dan nilai insaniah berjaya menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan dekat di hati murid.
“Hari ini,nak tackle pelajar kita kena kreatif. Kena ada empati dalam setiap sesi bilik darjah,supaya murid bukan saja bawa balik ilmu dalam silibus,tapi juga nilai kemanusiaan yang boleh dipraktikkan di rumah,” kata Nazmi.
Menjadikan ibunya – juga seorang guru – sebagai mentor utama,Nazmi turut menginspirasikan ilmunya melalui kolaborasi bersama komuniti pendidikan lain. Beliau percaya bahawa setiap murid ada potensi untuk berjaya,dan tugas guru adalah untuk membimbing mereka ke arah itu.
Antara pencapaian cemerlang Nazmi termasuklah pelbagai pengiktirafan yang membuktikan komitmen dan dedikasinya dalam dunia pendidikan.
Pada tahun 2019,beliau dipilih sebagai Guru Inspirasi McDonald’s,satu penghargaan yang diberikan kepada guru yang memberi impak besar kepada kehidupan murid. Pada tahun yang sama,beliau turut menerima anugerah Guru Adiwira PAK21,hasil usahanya mengaplikasikan pedagogi abad ke-21 secara berkesan dalam bilik darjah.
Nazmi juga dikenali sebagai salah seorang Guru Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),di mana beliau aktif berkongsi ilmu dan amalan terbaik kepada komuniti pendidik di seluruh negara menerusi platform digital dan bengkel pendidikan.
Pada tahun 2021,beliau dinobatkan sebagai RISE Educator of the Year,satu lagi bukti keunggulan pendekatannya dalam membangunkan potensi pelajar melalui kaedah yang inklusif dan berdaya cipta.
Paling membanggakan,pada tahun 2023,beliau telah menerima Anugerah Guru Malaysia,serta berjaya tersenarai dalam 10 finalis Hadiah Guru Global (GTP) 2025,satu pengiktirafan peringkat antarabangsa yang meletakkan beliau antara pendidik terbaik dunia.
Majlis tahun ini turut memperkenalkan satu pengiktirafan baharu,Anugerah Khas Pendeta Bahasa,bagi menghargai guru yang aktif menyumbang dalam bidang penulisan Bahasa Melayu.
Sebanyak 102 warga pendidik dari seluruh negara menerima pelbagai anugerah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),sejajar dengan tema sambutan tahun ini,“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan.”
Anugerah yang diberikan bukan sahaja sebagai penghormatan kepada sumbangan luar biasa para guru,tetapi juga sebagai inspirasi kepada warga pendidik untuk terus cemerlang dalam membentuk generasi masa depan.
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur