2025-05-16 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Mei- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat menjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025,kata penganalisis.
Pada 8.00 pagi,ringgit mengukuh kepada 4.2705/2920 berbanding dolar AS daripada 4.2795/2870,semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran sememangnya menunggu data pertumbuhan KDNK itu dengan anggaran awal menunjukkan pengembangan sebanyak 4.4 peratus.
Beliau berkata maklumat itu akan menjadi perkara penting dalam mempengaruhi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melonggarkan dasar monetari selain unjuran baharu untuk KDNK tahun ini.
“Berikutan itu,kami menjangkakan ringgit akan diniagakan secara berhati-hati pada hari ini,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) pula turun sebanyak 0.16 peratus kepada 100.879 mata,manakala Indeks Harga Pengeluar AS (PPI) turun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun sepanjang April selepas kekal pada 3.4 peratus selama dua bulan sebelumnya.
Beliau berkata keadaan itu membayangkan inflasi akan terus mereda,sekali gus memberi lebih banyak ruang bagi Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan lagi kadar faedah bagi tahun ini,katanya.
“Namun,ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada Persidangan Penyelidikan Thomas Laubach di Washington menunjukkan bahawa trend inflasi mungkin menjadi tidak menentu disebabkan oleh kejutan bekalan yang lebih kerap serta berpotensi untuk berlanjutan.
"Ini mungkin bermaksud Fed tidak berminat untuk melonggarkan dasar monetari mereka dalam tempoh terdekat yang akan mempengaruhi ringgit," katanya.
Sewaktu dibuka,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6819/7105 daripada 5.6862/6961 semalam namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.9338/9490 dari 2.9326/9379 dan rendah berbanding euro kepada 4.7800/8040 daripada 4.7939/8023.
Selain itu,ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Berbanding dolar Singapura,ringgit naik kepada 3.2931/3102 daripada 3.2950/3010 semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.66/7.70 daripada 7.67/7.69.
Namun,ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 258.3/259.7 daripada 258.8/259.4 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8630/9367 dari 12.8198/8488. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur