2025-05-16 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KAZAN,16 Mei - Tatarstan menyatakan minat yang jelas untuk mengadaptasi model kewangan Islam yang diamalkan di Malaysia sekaligus memperluas usaha mereka dalam memperkal sistem perbankan patuh syariah secara rasmi di Rusia.
Rais Republik Tatarstan,Rustam Minnikhanov berkata,pihaknya serius untuk mempelajari kepakaran Malaysia dalam bidang kewangan khususnya berkaitan perbankan Islam serta meneroka secara lebih mendalam pengalaman Malaysia sebagai peneraju dalam sektor tesebut.
Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau ketika pertemuan bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kremlin Kazan selama kira-kira 10 minit.
Pertemuan tersebut berlangsung sejurus ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kazan dari Moscow,sebagai sebahagian daripada siri lawatan rasmi beliau ke Rusia.
Tatarstan merupakan salah satu daripada empat wilayah perintis bagi pelaksanaan projek perbankan Islam selama dua tahun di Rusia,yang dimulakan pada tahun 2023.
Tiga lagi wilayah ialah Bashkortostan,Chechnya dan Dagestan.
Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Rusia untuk mengembangkan sistem kewangan Islam secara lebih sistematik,terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam di negara itu.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur