2025-05-16 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Mei- Operasi lorong bas di Jalan Ampang akan diperluas ke waktu puncak petang bermula 19 Mei ini melibatkan tempoh dari 4.30 petang hingga 7.00 malam setiap Isnin hingga Jumaat.
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) memaklumkan pelaksanaan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor,melibatkan jarak sepanjang 0.62 kilometer dari persimpangan Jalan Memanda 1 hingga ke persimpangan Jalan Memanda 9 serta dari persimpangan Jalan Cengal ke persimpangan lampu isyarat Jalan Wawasan Ampang.
"Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada penumpang laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang) dan laluan 303 (Hentian Mulia Jaya – Lebuh Ampang),selain laluan bas perantara dari Pandan Indah,Bukit Indah,Mulia Jaya dan Lembah Jaya," menurut kenyataan itu hari ini.
Sejak diperkenalkan pada 3 Julai 2023,lorong bas Jalan Ampang mencatatkan peningkatan purata penumpang harian daripada 12,819 kepada 14,424 orang,peningkatan sebanyak 12.52 peratus,selain berjaya mengurangkan masa perjalanan antara 10 hingga 15 minit.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria berkata pihaknya yakin kelancaran perjalanan dan penjimatan masa hasil inisiatif itu akan terus menarik lebih ramai pengguna untuk beralih kepada pengangkutan awam.
Beliau turut menyeru semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan tidak menyalahgunakan lorong bas demi kepentingan bersama.
Penilaian prestasi pelaksanaan itu akan dijalankan selama tiga bulan bersama JKR,Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Kementerian Pengangkutan bagi menilai aspek masa perjalanan,kelajuan bas,keselamatan jalan raya dan tahap kesesakan lalu lintas di kawasan terlibat.
Orang ramai disaran merancang perjalanan menggunakan aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store,manakala lokasi bas boleh disemak secara masa nyata menerusi Google Maps.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan melalui platform media sosial rasmi Rapid KL.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur