2025-05-16 IDOPRESS

FOTO ARKIB RTM
PUTRAJAYA,16 Mei- Sebarang penjualan atau penggunaan benih padi tidak sah yang diimport dari luar negara tanpa kelulusan adalah dilarang sama sekali dan tindakan tegas akan diambil terhadap pesawah serta pembekal yang didapati melanggarnya,jelas Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi
Nor Sam Alwi berkata antara varieti tidak sah yang dikenal pasti termasuk "Hibrid China","Hibrid Indonesia","Padi 85 Hari" dan "Padi Taiwan" yang tidak berdaftar serta tidak menjalani proses pengesahan ketulenan genetik,ketahanan penyakit dan kesesuaian iklim tempatan.
Tambah beliau,benih tidak sah itu boleh menjadi punca penyebaran penyakit ke kawasan sawah berhampiran,sekali gus mengancam pengeluaran hasil dan menjejaskan bekalan beras negara.
"Tanaman jenis ini berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan penyakit bawaan kulat,bakteria serta serangan serangga perosak,lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau,penggunaan dan pengimportan benih tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981,yang membolehkan rampasan atau pemusnahan tanaman sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan.
Sebagai langkah pencegahan,hanya benih yang diperakui bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) dibenarkan untuk diedarkan dan digunakan oleh pesawah bagi menjamin kualiti dan kesesuaian dengan agroekologi tempatan.
Dalam masa sama,usaha memperkukuh keselamatan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada benih import turut diperkukuh menerusi pembangunan benih padi hibrid tempatan yang sah dan terkawal.
Menurut Nor Sam,Jabatan Pertanian komited menyokong pembangunan dan penggunaan benih padi hibrid tempatan sebagai kaedah strategik meningkatkan daya saing industri padi negara.
Secara asasnya,pembangunan benih padi hibrid melibatkan pemilihan induk daripada dua varieti padi yang mempunyai ciri unggul.
"Proses kacukan ini menghasilkan benih padi hibrid generasi pertama (F1),yang mengandungi kombinasi ciri terbaik daripada kedua-dua induk. Hanya benih F1 ini sahaja yang sesuai ditanam bagi memperoleh hasil yang optimum," ujarnya.
Bagaimanapun,jelas beliau,benih padi daripada tanaman generasi F1 (dikenali sebagai F2) tidak sesuai digunakan semula pada musim berikutnya kerana kemunculan semula ciri genetik asal induk boleh menyebabkan variasi pertumbuhan yang menjejaskan kualiti dan hasil tanaman.
Tambah Nor Sam,Malaysia turut mencatatkan kejayaan dalam menghasilkan benih padi hibrid tempatan melalui varieti Siraj yang dikeluarkan oleh RB Biotech Sdn. Bhd. dengan kerjasama MARDI pada 2009,diikuti varieti Kadaria 1 (kod MR12H) yang dibangunkan MARDI pada 2019.
Varieti Kadaria 1 mempunyai potensi hasil sehingga 10 tan sehektar dengan tempoh matang antara 104 hingga 106 hari.
Ciri fizikal beras varieti ini menepati piawaian pengilangan,manakala rasa nasi yang dihasilkan pula sesuai dengan cita rasa pengguna tempatan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur