2025-05-16 IDOPRESS

Foto UiTM Cawangan Perlis
ARAU,16 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa terbuka untuk mengembangkan jaringan global dengan institusi pendidikan antarabangsa.
Ini melalui kerjasama antarabangsa UiTM Cawangan Perlis dan Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS).
Ia sekaligus memperluas impak ilmu dan kepakaran ke peringkat serantau khususnya antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Thailand.
Menurut Rektor UiTM Cawangan Perlis,Profesor Madya Dr Ahmad Nizan Mat Noor,kerjasama dua hala antara Fakulti Alam Bina dengan RUTS melibatkan aspek pertukaran pelajar dan pensyarah,pembangunan projek penyelidikan bersama serta penganjuran bengkel dan seminar.
Beliau memaklumkannya ketika menerima kunjungan hormat delegasi daripada RUTS ke UiTM Cawangan Perlis yang diketuai Presidennya,Profesor Dr. Suwat Tanyaros di Bangunan Pentadbiran.
Kunjungan tersebut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek bersama pada masa hadapan yang akan memberi nilai tambah kepada kedua-dua institusi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur