2025-05-19 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Mei- Kerajaan bertekad memperkasa 1.16 juta belia yang terlibat dalam sektor e-hailing,p-hailing dan industri kreatif.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen itu dibuktikan melalui pelbagai inisiatif yangdilaksana dan sedang dirangka kerajaan.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara memaklumkan bahawa tanpa peningkatan kemahiran,kumpulan itu berdepan kemerosotan produktiviti menjelang usia 40 tahun.
"Untuk memastikan masa depan mereka lebih cerah,kerajaan menyediakan program "reskilling" dan "upskilling" dalam bidang TVET,agar mereka dapat mengasah kemahiran serta meningkatkan pendapatan.
Selain itu,elaun harian juga akan disediakan bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh latihan," jelas beliau.
Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan 2025 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di ibu negara.
Sementara itu,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid turut menyuarakan kebimbangan terhadap kadar kemalangan maut yang tinggi dalam kalangan belia.
Tegasnya,rekod mencatatkan 90 peratus daripada 6,000 kematian setiap tahun melibatkan golongan tersebut.
Justeru,beliau menggariskan kepentingan komitmen bersepadu semua pihak menangani isu terbabit.
"Jika keadaan ini berterusan,negara akan kehilangan tenaga kerja produktif dalam kalangan belia.
Oleh itu,sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya,saya menggesa Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri (MBN) untuk menganjurkan kursus khas permotoran kepada penunggang motosikal muda,merangkumi aspek keselamatan dan penyelenggaraan," tambahnya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur