2025-05-19 HaiPress

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memperkukuh kesiapsiagaan di semua pintu masuk utama negara,menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. /Foto Bernama
PUTRAJAYA,19 Mei- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memperkukuh kesiapsiagaan di semua pintu masuk utama negara,menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hujung bulan ini.
Ia bagi memastikan urusan ketibaan delegasi berjalan lancar dan keselamatan negara terus terpelihara.
Pintu masuk negara yang akan menerima ketibaan tetamu negara dan delegasi luar sempena sidang kemuncak itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2,serta Kompleks Bunga Raya di Sepang.
Pemangku Ketua Pengarah AKPS,Datuk Sazali Mohamad,berkata AKPS,meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan kelancaran setiap proses yang dilalui delegasi luar.
Laluan protokol khusus akan disediakan dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),untuk mempercepat proses pemeriksaan delegasi tanpa perlu menunggu dalam barisan pada laluan biasa.
Sepanjang tempoh sidang kemuncak kali ini,empat pasukan AKPS ditempatkan di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2,masing-masing melibatkan 150 pegawai bagi setiap syif.
"Laluan VVIP di Kompleks Bunga Raya pula,sebanyak 50 pegawai akan bertugas khusus untuk menyambut dan menguruskan kehadiran tetamu kenamaan," katanya.
Datuk Sazali berkata,bagi memastikan semua anggota bersedia dari segi taktikal dan operasi,AKPS juga menjalankan latihan dan simulasi keselamatan,selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Luar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur