2025-05-19 HaiPress
Foto fail Bernama
JOHOR BAHRU,19 Mei - Permohonan perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah seluruh negeri Johor catat peningkatan dalam tempoh tiga tahun lalu bermula 2022 hingga akhir 2024.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor,Mohd Fared Mohd Khalid berkata,7,306 permohonan perceraian direkodkan tahun lalu,berbanding 7,174 kes pada tahun 2023 dan 7,125 pada tahun 2022.
Pasangan berumur 26 hingga 35 tahun paling tinggi memfailkan perceraian iaitu 16,159 individu.
" Punca perceraian adalah seperti tiada persefahaman,masalah kewangan,sikap tidak bertanggungjawab,campur tangan pihak luar dan gangguan pihak ketiga. Sehingga April 2025,kita telah mencatatkan 109 kes. Manakala,bagi sepanjang tahun 2024,sebanyak 262 kes direkodkan. Jadi setakat April ini kadar penceraian dilihat terus meningkat,"katanya semasa menjawab soalan lisan bagi mesyuarat pertama penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke- 15,hari ini.
Mahkamah Syariah Johor turut merekodkan 371 kes tuntutan nafkah yang difailkan dari Mei 2024 hingga April lalu.
Daripada jumlah itu,262 kes direkodkan pada tahun 2024,manakala 109 kes direkodkan sepanjang Januari hingga April tahun ini.
Sejak tahun 2012 hingga Ogos 2023,Bahagian Sokongan Keluarga telah menyalurkan pendahuluan nafkah berjumlah RM77,400 kepada bekas isteri yang layak,menerusi dana yang disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Pengeluaran getah asli susut 37.3 peratus pada April
Laporan integrasi ASEAN dibentang September ini
Firma penyelidikan kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 pada 4.0 peratus
RUU Warga Emas dalam fasa libat urus bersama pihak berkaitan, berkepentingan
Lebih 430,000 permohonan memasuki Program TVET
Tambahan RM50 juta galakkan lepasan TVET dalam keusahawanan berimpak tinggi
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur