2025-05-19 HaiPress

Foto Datuk Mohd Jafni Md Shukor
ISKANDAR PUTERI,19 Mei- Kerajaan Johor memperuntukkan RM67 juta bagi pembinaan 500 unit rumah secara percuma,menerusi inisiatif Rumah Kasih Johor (RKJ) yang dilaksanakan dari tahun 2022 hingga 2026.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata inisiatif itu memberi keutamaan kepada penerima di kawasan luar bandar.
Ia selaras dengan komitmen Kerajaan Johor yang menekankan prinsip kesejahteraan rakyat,bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada memiliki tempat tinggal.
"Pelaksanaan RKJ sehingga 2025 adalah seperti berikut 2023,sebanyak 50 unit telah siap dan diserahkan. Tahun 2024,120 unit sedang dibina. Fasa satu,71 unit dijangka siap Jun 2025,dan fasa dua,49 unit dijangka siap Disember 2025.
"Untuk tahun ini juga,165 unit sedang dalam proses siasatan dan lawatan tapak. Fasa satu melibatkan 55 unit yang telah diperakukan,dan pembinaannya dijangka bermula 15 Mei 2025," katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat,Dewan Negeri Johor ke-15,di sini.
RKJ merupakan program bantuan pembinaan rumah baharu kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur