2025-05-19 HaiPress

Tan Sri Azam Baki / Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 Mei- Penubuhan Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) bertindak sebagai "senjata" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan ketirisan dalam perolehan dan agihan dana awam .
Sekali gus mencerminkan keazaman pelbagai pihak menangani isu berkaitan penyelewengan dan penipuan dalam pelaporan kewangan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki berkata,KKFP yang turut dianggotai enam agensi lain berkolaborasi memberi fokus mengesan transaksi pengubahan kewangan yang mencurigakan.
"Sebab itu lebih strategik kita wujudkan KKFP ini,di mana masing-masing tahu bidang masing-masing. Pertamanya,integriti ataupun had-had masing-masing.
"Dan kita boleh duduk berbincang. Kalau dari Ketua Audit Negara,saya fahamlah daripada segi mana kekangan undang-undangnya.
"Tetapi pakar yang mereka ada di sini bukan hanya kerja-kerja audit yang dibuat,tetapi hal-hal lain yang tak ada kaitan dengan laporan audit itu boleh kita minta bantuan dari mereka.
"Ini yang saya katakan kerjasama strategik,penting bagi kita mengekang ketirisan," katanyapada sidang media selepas Majlis Peluncuran KKFP di ibu negara.
Selain SPRM,KKFP dianggotai Jabatan Audit Negara,Jabatan Akauntan Negara Malaysia,Lembaga Hasil Dalam Negeri,Suruhanjaya Syarikat Malaysia,Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Akauntan Malaysia.
Mengulas mengenai siasatan 1MDB pula,Tan Sri Azam berkata,kepakaran ahli KKFP akan digunakan sepenuhnya bagi membantu mengesan aset melalui kerjasama antarabangsa.
"Ini bukan satu kerja yang mudah. Kalau tiada bantuan daripada pakar-pakar tertentu,sudah tentu proses untuk mendapatkan wang berkenaan akan menjadi lambat," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan lebih tegas diambil ke atas mana-mana kes tertentu sekiranya wujud keperluan dan bukti mencukupi.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur