2025-05-19 HaiPress

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri./Foto Bernama
KUALA LUMPUR,19 Mei – Penutupan jalan raya secara berperingkat serta lencongan laluan akan dilaksanakan membabitkan enam lebuh raya utama dan 25 jalan strategik di sekitar Lembah Klang bermula 23 Mei ini,sebagai persiapan menghadapi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang bakal berlangsung di ibu negara.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata,penutupan jalan akan bermula seawal pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam,dan operasi kawalan trafik akan digerakkan 30 minit sebelum setiap penutupan bermula bagi memastikan kelancaran perjalanan delegasi serta keselamatan awam.
"Lima laluan utama yang terlibat dalam penutupan dan lencongan ialah Laluan masuk dan keluar ke ibu negara,Laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang,Laluan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC); Laluan ke Istana Negara; dan Laluan ke hotel-hotel penginapan delegasi,"katanya.
JSPT mengerahkan 789 pegawai trafik yang terdiri daripada 55 pegawai kanan dan 734 anggota polis rendah.
Daripada jumlah tersebut,292 anggota adalah dari Kontinjen Kuala Lumpur,menjadikan jumlah keseluruhan petugas trafik di ibu negara seramai 497 orang.
Sebagai persiapan menyeluruh,JSPT turut menurunkan pelbagai aset logistik termasuk 36 motokar peronda (MPV),313 motosikal besar,190 motosikal kecil,serta alat komunikasi radio untuk koordinasi operasi.
Bagi menjamin tahap kesiapsiagaan yang tinggi,raptai (latihan) pergerakan konvoi akan diadakan pada 21 dan 22 Mei 2025,melibatkan semua laluan strategik di sekitar Lembah Klang.
JSPT turut memaklumkan bahawa 647 anggota bantuan dari seluruh negara telah melapor diri ke Kontinjen Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu,dan akan ditugaskan khusus bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik semasa berlangsungnya sidang kemuncak serantau itu.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur