2025-05-19 HaiPress
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berucap pada Majlis Pelancaran Infrastruktur Al Strategik Malaysia hari ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Mei- Malaysia menjadi negara pertama di luar China yang melaksanakan penggunaan model bahasa besar (Large Language Model,LLM) sumber terbuka,DeepSeek pada skala nasional sekali gus menjadi negara pertama di rantau ini yang memiliki ekosistem AI dikawal sepenuhnya.
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching,menyaksikan kerjasama erat antara kerajaan,industri teknologi tempatan dan rakan strategik antarabangsa.
Inisiatif tersebut dibangunkan oleh syarikat tempatan Skyvast dan Leadyo,dengan Huawei sebagai rakan teknologi utama.
Dalam ucapannya,beliau menyatakan infrastruktur tersebut merupakan asas kepada masa depan digital Malaysia kerana ia berpotensi tinggi,dipercayai serta dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan. Ia dilihat berperanan penting dalam melindungi data negara.
“Yang istimewa tentang projek ini ialah,pertama sekali,data akan disimpan di Malaysia. Ia akan diuruskan oleh rakyat Malaysia dan akhirnya digunakan juga oleh rakyat Malaysia. Dengan ini,kita dapat memastikan keselamatan dan jaminan terhadap AI negara.
“Tidak seperti sebelum ini,di mana simpanan data (cloud) atau pusat data terletak di luar negara,kini semuanya termasuk pelayan dan sistem pengurusan berada di Malaysia,diurus oleh rakyat tempatan. Malah,ejen AI juga akan dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Malaysia’s Strategic AI Infrastructure di Ibu Negara.
Kerjasama strategik itu turut mencerminkan hubungan erat dan saling percaya antara Malaysia dan China,khususnya dalam bidang teknologi.
Penyertaan Huawei serta sokongan berterusan daripada rakan teknologi dari China mengukuhkan keupayaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur AI bertaraf dunia yang kekal selamat dan terkawal dalam sempadan negara.
Antara pengguna awal platform berkenaan termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO),Kementerian Komunikasi,Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),Cyberview Sdn Bhd,dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur