2025-05-19 HaiPress

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid
KUALA LUMPUR,17 MEI - Ekonomi Malaysia yang berkembang pada 4.4 peratus pada suku pertama 2025 masih mempamerkan pertumbuhan menggalakkan,meskipun mencatatkan momentum lebih perlahan berbanding 4.9 peratus pada suku keempat 2024.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,permintaan domestik dan sektor eksport masih kekal sebagai enjin pertumbuhan ekonomi utama dengan masing-masing mencatatkan kenaikan 6 peratus dan 19.6 peratus.
''Secara umumnya,data yang dikongsi ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi masih lagi berada dalam keadaan yang baik,namun bergerak ke hadapan situasinya semakin mencabar dan ini akan menuntut pihak kerajaan untuk membuat semakan dan juga memperkenalkan dasar-dasar yang memastikan pertumbuhan ekonomi dapat distabilkan pada masa akan datang,'' katanya ketika dihubungi pemberita RTM.
Jelasnya,Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengambil maklum prospek pertumbuhan ekonomi yang mencabar pada separuh kedua tahun ini,susulan ketidaktentuan kejutan tarif selain proses rundingan yang masih berlangsung.
Keperluan untuk menyemak semula sasaran pertumbuhan ekonomi negara yang diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2025,memberi isyarat yang jelas bahawa situasi kejutan tarif ini mempunyai kesan signifikan.
''Ketelusan dan kejelasan mengenai isu ini dapat membantu usahawan merancang pelan perniagaan dengan lebih baik,serta membantu pelabur memahami hala tuju ekonomi ekonomi negara pada masa akan datang.
''Malah,rakyat Malaysia juga akan lebih cakna dengan perkembangan ekonomi dan melakukan persediaan yang sesuai,'' katanya.
Surcaj feri penumpang, RORO berkuatkuasa 20 April
Selangor perkukuh sektor agromakanan, ringan beban industri
Lelaki didakwa bunuh bayi sembilan bulan
KPT sedia tempatkan pelajar terjejas di IPT tempatan
Wira tanpa lensa: Armizan puji dedikasi penguat kuasa KPDN
Bakal jemaah haji warga SPRM diingat tekankan nilai kesabaran, integriti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur