2025-05-19 HaiPress

KUALA LUMPUR,17 MEI – Francais Malaysia berjaya meraih potensi jualan eksport bernilai RM77 juta dalam Misi Pembelian Francais Antarabangsa (FIBM) sempena Pameran dan Konvensyen Francais Antarabangsa (FIM 2025).
Pencapaian negara kali ini membuktikan daya saing dan kesiapsiagaan francaisor Malaysia untuk menembusi pasaran global.
Menurut Pengarah Seksyen Perkhidmatan Perniagaan dan Pembinaan,Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),Jamaliah Jamaludin,kemajuan itu beri ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia untuk mengakses pasaran antarabangsa dan mengukuhkan kehadiran mereka di luar negara.
"Bagi menghadapi landskap perdagangan global yang sentiasa berubah,MATRADE terus proaktif meneroka pasaran baharu dan sedang membangun yang menunjukkan potensi pertumbuhan memberangsangkan,jelas beliau dalam satu kenyataan," hari ini.
Kerjasama antara francaisor Malaysia dan francaisi luar negara bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonomi,malah membuka peluang pekerjaan baharu.
Acara tahunan itu disertai 23 wakil negara dari beberapa negara antaranya Emiriah Arab Bersatu,Hong Kong,Myanmar dan Bangladesh.
##
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur