2025-05-19 HaiPress

Datuk Muzaffar Hisham,Ketua Pegawai Eksekutif BPMB
KUALA LUMPUR,18 Mei- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Muzaffar Hisham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan baharunya berkuat kuasa serta-merta.
Sebelum menyertai BPMB. Muzaffar memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Maybank Islamic Banking.
Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perbankan serantau dengan rekod prestasi cemerlang dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan strategi wilayah merentasi pelbagai sektor termasuk perbankan borong dan runcit,perbankan pelaburan,perbendaharaan,pengurusan aset serta berjaya memenuhi keperluan pelanggan.
Pengerusi BPMB Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata mereka berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Muzaffar,kepimpinannya dan pemahaman mendalam mengenai landskap perkhidmatan kewangan akan memainkan peranan penting dalam memacu hala tuju strategik bank itu.
"Kami yakin di bawah kepimpinannya,BPMB akan terus memainkan peranan penting dalam memacu agenda pembangunan negara Malaysia dan menyampaikan nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu,Muzaffar berkata adalah satu penghormatan untuk menyertai BPMB ketika ini ini dan berharap dapat bekerjasama dengan ahli lembaga pengarah,pengurusan dan pihak berkepentingan bagi mengukuhkan peranan bank sebagai institusi kewangan pembangunan utama yang menyokong kemajuan sosioekonomi dan cita-cita kemampanan Malaysia.
“Saya komited untuk mengetuai usaha bersama bank ini dalam menghasilkan impak untuk pembangunan negara,” katanya.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur