2025-05-19 IDOPRESS

Nusuk-Pilgrims Gift Expo yang mula dibuka sejak 15 Mei lalu,memberi pendedahan kepada jemaah haji Malaysia berhubung budaya perniagaan syarikat tempatan
MEKAH,19 Mei- Nusuk-Pilgrim Gift Expo memberi peluang kepada jemaah haji Malaysia mengetahui lebih lanjut mengenai pameran dan jualan produk serta barangan keperluan sempena musim haji kali ini.
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia,Mohd Hisham Harun,pada masa sama aktiviti itu juga membolehkan jemaah haji memahami budaya perniagaan syarikat-syarikat tempatan di Arab Saudi.
"Ini adalah satu peluang untuk jemaah kita mengetahui dengan lebih lanjut dan memahami budaya perniagaan syarikat-syarikat tempatan di sini.
Mereka turut membekalkan pelbagai barangan untuk kemudahan dan keperluan masyarakat di sini," kata Mohd Hisham kepada pemberita,di sini.
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama syarikat Al Musbah menyediakan pengangkutan bas untuk kemudahan jemaah mengunjungi program tersebut yang berlangsung dari 15 Mei hingga 19 Mei ini.
Selain itu,jemaah haji juga boleh mendapatkan barangan keperluan dan cenderamata pada harga yang berpatutan untuk dibawa pulang ke tanah air.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur