2025-05-19 IDOPRESS

Foto hiasan/ BERNAMA
PETALING JAYA,19 Mei- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 9.00 pagi ini.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan,negeri terlibat ialah Kedah,Terengganu,Johor,Sarawak,Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi) Terengganu (Setiu,Kuala Nerus,Hulu Terengganu,Kuala Terengganu,Marang,Dungun dan Kemaman) dan Johor (Batu Pahat,Pontian,Kulai dan Johor Bahru)",menurut kenyataan itu.
Amaran sama turut dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Sarawak iaitu Limbang (Lawas),Sabah: Pedalaman (Sipitang,Tenom,Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur