2025-05-19 IDOPRESS

Ahmad Faedzal Md Ramli/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 Mei- Seramai 85 perwakilan muda dari 10 negara ASEAN termasuk Timor-Leste akan berkumpul di Kuala Lumpur bagi menyertai 'The 4th ASEAN Youth Dialogue & The 4th ASEAN Youth Interface with ASEAN leaders'.
Ia berlangsung selama lima hari,bermula 23 hingga 28 Mei ini.
Program anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) yang bertemakan inklusiviti dan kelestraian itu menjadi platform untuk membincangkan isu-isu global secara multilateral,selain memupuk kerjasama erat antara generasi muda dari seluruh ASEAN.
Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS,Ahmad Faedzal Md Ramli berkata,forum itu dirancang untuk memberi peluang kepada golongan muda berbakat berkongsi idea,aspirasi dan amalan terbaik di peringkat pembangunan serta kemajuan belia.
Sekali gus mampu memperkasa diri golongan belia melalui dialog dan perbincangan mengenai isu-isu penting sejagat.
"Mereka akan didedahkan dengan trend semasa,tema semasa daripada 'back to the future' tadi oleh agensi-agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),dan dari situ mereka akan formulasikan satu yang kita panggil 'ASEAN Youth Statement' yang akan dibacakan di hadapan para pemimpin ASEAN pada 26 haribulan.
"Jadi mereka ada platform untuk menyuarakan melalui 'ASEAN Youth Statement' itu apakah aspirasi mereka di peringkat ASEAN kepada para pemimpin ASEAN secara terus semasa sesi yang kita panggil 'ASEAN Youth Interface with ASEAN Leaders'," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini.
Beliau juga optimis,menerusi usaha itu,generasi muda mampu memainkan peranan besar dalam menyelesaikan cabaran global yang semakin kompleks.
Program terbabit turut mendapat kerjasama Pusat Belia Antarabangsa dan sokongan padu daripada agensi-agensi di bawah PBB.
Bersempena Kepengerusian ASEAN 2025,KBS telah merancang lebih 27 program iaitu 11 bertemakan belia dan 16 bertemakan sukan.
"Saya percaya program yang telah dirancang dan digerakkan oleh KBS dalam aspek pembangunan belia merupakan pemacu utama peranan Malaysia dalam terus memimpin agenda belia di peringkat ASEAN,dengan sokongan serta kerjasama rakan strategik KBS seperti Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan belia serantau yang berpusat di Malaysia.
"Usaha dan inisiatif ini diyakini mampu memberi impak positif terhadap pembangunan belia negara,sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar,bagi memastikan konsep serta semangat inklusiviti dan kelestarian dapat diteruskan," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur