2025-05-19 IDOPRESS

Chow menjawab soalan lisan Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) pada persidangan DUN Pulau Pinang hari ini.
GEORGE TOWN,19 Mei - Kerajaan Pulau Pinang catat kedudukan kewangan kukuh apabila merekodkan lebihan pendapatan RM65.27 juta ringgit setakat 31 Mac lalu.
Ketua Menteri,Chow Kon Yeow berkata dalam tempoh berkenaan,hasil pendapatan negeri berjumlah RM268.4 juta ringgit berbanding perbelanjaan RM203.1 juta.
Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri setakat 30 April lalu turut meningkat kepada RM1.54 bilion.
"Penyata kewangan bagi 2024 (belum diaudit) menunjukkan kedudukan Kumpulan Wang Disatukan berjumlahRM1.38 bilion berbanding RM1.46 bilion pada 2023 merangkumi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM155.94 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM1.23 bilion,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.
Beliaumenjawab soalan lisan Goh Choon Aik(PH-Bukit Tambun) mengenai jumlah terkini Akaun Hasil Disatukan,Akaun Amanah Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri di sini.
Chow turut menjelaskan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang sedang melaksana sembilan strategi bagi menjana sumber pendapatan baharu negeri tahun ini.
Antaranya melaksanakan kutipan tunggakan cukai petak,meningkatkan caj rawatan perkhidmatan haiwan,semakan semula kadar Fi hotel serta kadar duti hiburan .
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur