2025-05-19 IDOPRESS

Menteri Ekonomi,Datuk Seri Rafizi Ramli menyampaikan ucapan perasmian "JS-SEZ Partner Dialogue:Advancing Facilitation" hari ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Mei- Tradisi berdebat dalam kalangan calon kepimpinan PKR merupakan sebahagian daripada budaya dan kekuatan utama parti itu.
Timbalan Presiden PKR,Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan keputusan Nurul Izzah untuk tidak menyertai debat terbuka menjelang pemilihan adalah hak individu calon tersebut.
Jelasnya,beliau tidak memaksa mana-mana calon menyertai debat tersebut bagaimanapun,perwakilan berhak menilai dan membuat keputusan.
"Tradisinya memang calon timbalan presiden,malah calon ketua AMK pun berdebat kerana itu memang kekuatan PKR yang ada sekarang. Keputusan (untuk berdebat) terpulang kepada calon masing-masing. Itu akan diambil kira oleh perwakilan-perwakilan dalam pengundian.
"Jadi,tawaran daripada saya ialah kita mesti mempertahankan budaya yang mana masing-masing calon atau parti membentangkan Idea dan visi. Kita terbuka untuk dinilai oleh Perwakilan,itu tawaran saya.
"Perkara itu tidak dipersetujui oleh Nurul Izzah.Jadi,akhirnya terpulang kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis JS-SEZ Partners Dialogue Advancing Facilitation di ibu negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur