2025-05-19 IDOPRESS

Exco Sumber Manusia Selangor,V. Papparaidu
KUALA LUMPUR,19 Mei- Lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program Jelajah JobCare Selangor yang akan diadakan Sabtu ini di daerah Petaling Jaya.
Menurut Exco Sumber Manusia Selangor,V. Papparaidu,sebanyak 29 majikan akan menyertai program tersebut dengan menawarkan gaji antara RM2,000 hingga RM8,000.
“Banyak syarikat akan menjalankan temu duga secara terus dan menawarkan pelantikan serta-merta bagi jawatan tertentu,terutamanya dalam sektor peruncitan dan pekerjaan bukan profesional. Bagi jawatan profesional,ia melibatkan dokumen yang lengkap seperti sijil dan jutar latar belakang dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya,pelbagai sektor pekerjaaan ditawarkan antaranya,makanan dan minuman,peruncitan,pengeluaran,kecerdasan buatan (AI) dan aeroangkasa.
Papparaidu berkata,kerajaan negeri turut menyasarkan 1,000 pengunjung hadir di Dewan Serbaguna MBPJ SS3,Petaling Jaya bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Beliau berkata demikian selepas temubual menerusi segmen Kita Selangor di Selangorfm,Angkasapuri Kota Media.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur