2025-05-19 IDOPRESS

Foto RTM
JOHOR BAHRU,16 Mei- Kerajaan Johor menyeru usahawan negeri segera memohon program BRJohor Niaga kerana inisiatif pembiayaan kepada usahawan itu masih mempunyai baki pembiayaan RM53.1 juta,setakat ini.
Exco Belia dan Sukan,Pembangunan Usahawan,dan Koperasi Johor,Mohd Hairi Md Shah berkata,tempoh permohonan pembiayaan itu akan dibuka sehingga Mac tahun hadapan.
"Setakat ini,seramai 644 usahawan telah menerima manfaat,menerusi BRJohor Niaga,melibatkan jumlah pembiayaan RM43.2 juta.
"Menerusi program itu,kadar faedah kepada usahawan akan ditanggung 100 peratus oleh Kerajaan Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Insentif Khemah Kepada Usahawan Mikro Johor Bahru di sini.
Selain itu,Mohd Hairi turut memberitahu,Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) telah menjalankan 91 inisiatif setakat 31 Mac lalu,melibatkan peruntukan RM69.72 juta,dan memanfaatkan 6,777 penerima.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur