2025-05-19 IDOPRESS

Empat MoU yang dimeterai sepanjang forum menjadi titik tolak penting dalam hubungan sektor PKS Malaysia-Rusia
Kazan,17 Mei - Kazan Forum 2025 berperanan sebagai platform bagi permulaan kerjasama antara syarikat tempatan dengan agensi dan kluster inovasi di Rusia.
Menurut Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA),Datuk William Ng,empat memorandum persefahaman dimeterai sepanjang forum itu,menandakan titik tolak penting dalam hubungan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia-Rusia.
''Perjanjian ini bukan sekadar simbolik,sebaliknya pelan tindakan sebenar untuk membawa PKS Rusia dan Malaysia bekerjasama,bukan hanya dalam perdagangan,malah penciptaan bersama dan inovasi,” jelasnya dalam satu kenyataan,hari ini.
“Antara memorandum yang dimeterai adalah melibatkan SAMENTA dengan Agensi Inisiatif Strategik,sebuah agensi peneraju inovasi yang dipengerusikan oleh Presiden Rusia,Vladimir Putin.
Ini menunjukkan betapa pentingnya Malaysia kepada Rusia dan juga satu penghormatan kepada Malaysia dan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim," tambahnya.
Penyertaan Perdana Menteri dalam forum ini juga mencerminkan komitmen baharu negara terhadap kerjasama pelbagai hala,dengan PKS sebagai fokus utama.
Tambahnya,pencapaian di Kazan ini adalah selaras dengan visi #samenta2036 untuk membina kehadiran menyeluruh bagi sektor PKS negara dan memastikan usahawan tempatan memainkan peranan penting dalam rantaian nilai global.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur