2025-05-19 IDOPRESS
Datuk Hanafi Sakri pada majlis pemeteraian MoU antara Nes Security Door (MALAYSIA) dan Skinrock AG (Switzerland) di Klang,Selangor.
KLANG,17 Mei - Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3000 kilang pintar sebagai sebahagian pelan transformasi perindustrian Malaysia menjelang 2030.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI,Datuk Hanafi Sakri berkata perkara itu
merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi perindustrian Malaysia menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
NIMP 2030 memangkin peralihan syarikat pembuatan dan syarikat perkhidmatan berkaitan pembuatan kepada pembuatan pintar melalui teknologi terkini seperti automasi,digitalisasi,dan kecerdasan buatan (AI).
“Tujuannya adalah untuk menggalakkan industri meningkatkan keupayaan mereka,mengurangkan penggunaan buruh,meningkatkan penggunaan teknologi dan ini adalah selari dengan dasar kita untuk meningkatkan gaji rakyat.
“Kalau kita lihat gaji penengah untuk sektor pembuatan pada masa sekarang dalam lingkungan 2600-2700 dan sasaran kita adalah 4500 menjelang tahun 2030,” ujarnya selepas Majlis Pemeteraian MoU Antara Nes Security Door (MALAYSIA) dan Skinrock AG (Switzerland) di sini hari ini.
Menurut Hanafi lagi,dasar tersebut merupakan misi yang akan merangsang keseluruhan ekosistem sektor pembuatan dengan melahirkan tenaga buruh berkemahiran tinggi,berketerampilan dan bijak menyelesaikan masalah yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.
“Setakat ini kita sasarkan 3000 syarikat di bawah pembuatan pintar termasuk itu yang yang kita promosi sekarang sehingga tahun 2030.
"Jadi kita menggalakkan syarikat-syarikat tempatan beralih kepada penggunaan teknologi supaya mereka lebih berdaya saing,” ujarnya.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur