2025-05-21 HaiPress

Kerjasama tersebut turut merangkumi sektor tenaga boleh baharu dan bidang-bidang ekonomi lain yang strategik.
KUALA LUMPUR,21 Mei - Wilayah Jiangsu,China menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia selain menekankan potensi besar kerjasama ekonomi,khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu dan bidang-bidang ekonomi lain yang strategik.
Perkembangan tersebut dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
"Sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Langkawi sempena Majlis Perasmian LIMA’25 semalam,saya berkesempatan bertemu dan menyantuni delegasi dari Wilayah Jiangsu yang diketuai oleh TYT Xu Kunlin,Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti Wilayah Jiangsu dan Gabenor Wilayah Jiangsu.
"Dalam pertemuan tersebut,TYT Xu menyuarakan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menekankan potensi besar kerjasama ekonomi antara Jiangsu dan Malaysia,khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan bidang-bidang ekonomi lain yang strategik.
"Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelaburan asing serta kerjasama ekonomi dari Wilayah Jiangsu ke Malaysia,demi manfaat dan kemajuan bersama," katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur