2025-05-21 HaiPress

Foto FB Kementerian Kesihatan Malaysia
KUALA LUMPUR,21 Mei – Malaysia dan Iran menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang kesihatan bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara selain menyokong aspirasi Kertas Putih Kesihatan.
Persetujuan kerjasama yang turut disertai Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad itu merangkumi perkongsian teknologi perubatan,latihan kepakaran serta penyelidikan secara bersama.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),inisiatif ini dapat meningkatkan akses kepada teknologi dan pengetahuan perubatan terkini termasuk dalam sektor farmaseutikal dan amalan klinikal.
"Kepakaran Iran dalam bidang seperti transplantasi organ dilihat berpotensi untuk mempertingkat mutu rawatan dalam negara.
"Selain itu,usaha ini turut menyasarkan peningkatan kepakaran petugas kesihatan menerusi program pertukaran,latihan profesional dan kerjasama penyelidikan yang mampu melahirkan sumber manusia kesihatan berkemahiran tinggi dan berdaya saing," jelas Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi kenyataan.
Turut diberi tumpuan ialah kerjasama dalam bidang kesihatan awam seperti nutrisi dan pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).
KKM menyifatkan kerjasama ini sebagai pelaburan strategik untuk masa depan kesihatan negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur