2025-05-21 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,21 Mei - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 kediaman pengasuhnya di sebuah kondominium di Puchong di sini,semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintenden Mohd Fairus Jaafar dalam kenyataan berkata,pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 12.30 tengah hari.
"Hasil pemeriksaan menemukan mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.
Mohd Fairus berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tingkap bilik sebelum terjatuh,dan tingkap tersebut tidak dipasang jeriji keselamatan.
Beliau berkata setakat ini,tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kejadian itu,dan polis telah mengambil keterangan daripada pengasuh untuk membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian,ibu mangsa sedang menjaga seorang lagi anak yang menjalani kuarantin di rumah mereka,manakala bapa kanak-kanak berkenaan tiada di rumah kerana bekerja.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur