2025-05-21 HaiPress

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee
SHAH ALAM,21 Mei - Kadar gaji minimum bukan satu-satunya penanda aras kebajikan pekerja,sebaliknya Perjanjian Kolektif (CA) sebagai instrumen yang lebih komprehensif dan fleksibel bagi berunding faedah serta gaji yang adil mengikut konteks industri.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee berkata,CA mempunyai kekuatan undang-undang bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dengan majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan.
"Ia juga memberikan perlindungan undang-undang kepada pekerja dan majikan yang menjadi asas kepada hubungan industri yang harmoni dan produktif," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu,KESUMA menyalurkan geran RM25,000 kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) bawah Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS),melibatkan pelaksanaan latihan dan pembelian peralatan ICT.
Steven berkata,ia sebagai tanda sokongan kepada pemodenan pengurusan kesatuan.
Beliau hari ini mengadakan lawatan kerja ke PONSB di Shah Alam,sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan akar umbi pekerja industri.
Lawatan itu merupakan pertemuan ke-27 beliau bersama kesatuan sekerja sejak menerajui KESUMA
Sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa agenda Kebajikan,Kemahiran dan Keberhasilan (3K) melalui pendekatan tripartit bersama kesatuan dan majikan.
"Sepanjang sesi libat urus tersebut,pelbagai isu berkaitan industri automotif telah dibincangkan,termasuklah terma perkhidmatan dan cabaran semasa sektor automotif,strategi menarik ahli baharu kesatuan,pendigitalan pengurusan dan pengukuhan latihan kepimpinan kesatuan," katanya menerusi kenyataan itu.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur