2025-05-21 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Mei- Pelancaran Infrastruktur Strategik Kecerdasan Buatan (AI) oleh Malaysia secara rasmi mampu membawa membawa impak yang besar dalam pelbagai sektor.
Perkara itu diakui Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof Dr Nurhizam Safie Mohd Satar.
Beliau berkata,impak itu melibatkan sektor seperti seperti pendidikan,industri,dan ekonomi negara.
Bidang perindustrian pula memperoleh manfaat dalam bentuk automasi kecekapan operasi dan penciptaan nilai ekonomi baharu,manakala pelajar berpeluang mempelajari AI sebagai subjek elektif atau utama.
Pembangunan AI secara tempatan turut memperkukuh kedaulatan data negara.
“Kita tidak lagi mahu data kita berada di luar negara,di tangan pihak ketiga atau di negara jiran. Dengan infrastruktur tempatan,kita menjaga privasi dan keselamatan maklumat rakyat,” kata Profesor Dr. Nurhizam kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Wisma Berita,Angkasapuri.
Jelasnya,kedudukan geografi Malaysia yang strategik di tengah Asia Tenggara,penguasaan tinggi bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat,kestabilan politik dan ekonomi menjadi daya tarikan utama kepada pelabur luar yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi serantau.
“Malaysia sedang menapak menjadi negara maju,setanding dengan Jerman,Jepun,China dan Amerika Syarikat. Ia mungkin mengambil masa,tetapi langkah awal sudah pun bermula,” katanya.
Terdahulu,Malaysia melancarkan Infrastruktur Strategik AI secara rasminya,sekali gus menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membangunkan dan mengaktifkan ekosistem AI yang lengkap dan dikawal sepenuhnya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur