2025-05-21 HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,21 Mei- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kelemahan dolar AS akibat prospek ekonomi negara itu yang kurang memberangsangkan selain kebimbangan mengenai tarif,kata penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2790/2960 berbanding dolar AS daripada 4.2950/3010 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidakpastian ketara mengenai masa depan ekonomi AS disebabkan oleh kebimbangan berterusan mengenai tarif yang mungkin mempengaruhi harga dan pertumbuhan ekonomi.
“Indeks Dolar AS (DXY) dilihat turun 0.31 peratus kepada 100.118 mata manakala harga ekuiti AS merosot apabila terlebih beli. Bagaimanapun,hasil Perbendaharaan AS meningkat berikutan semakan turun penarafan ke atas kerajaan AS baru-baru ini mungkin menjejaskan rancangan untuk pengembangan dasar fiskalf,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata sentimen pasaran juga akan terus berhati-hati dengan nilai dolar AS-ringgit dijangka kekal dalam julat 4.28-4.29.
"Selain itu,Malaysia mencatat angka eksport lebih baik daripada jangkaan pada April dengan 16.4 peratus berbanding anggaran awal 7.5 peratus.
"Oleh itu,ini mungkin menjelaskan mengapa Bank Negara Malaysia tidak mengurangkan kadar dasar semalaman pada minggu lepas kerana masih mahu mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan mengenai pelonggaran monetari," katanya.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dan serantau.
Unit tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9651/9771 daripada 2.9727/9773,mengukuh berbanding euro kepada 4.8306/8498 daripada 4.8340/8408 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7326/7554 daripada 5.7428/7509.
Di peringkat serantau,ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3058/3194 daripada 3.3153/3202,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 260.6/261.8 daripada 261.6/262.1 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.73 daripada 7.72/7.73.
Berbanding baht Thailand,ringgit sebaliknya susut kepada 13.0065/0721 daripada 12.9856/13.0116.- BERNAMA
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur