2025-05-21 IDOPRESS

Mahasiswa media perlu kuasai kemahiran teknologi digital khususnya AI sebelum memasuki industri dan pasaran tenaga kerja / Foto UUM
SINTOK,20 Mei – Mahasiswa Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) semester pertama sesi 2024/2025 yang menerima Anugerah Dekan bagi kecemerlangan akademik,dinasihatkan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Dekan SMMTC,Universiti Utara Malaysia (UUM),Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad berkata,ledakan teknologi telah mengubah ekosistem industri media pada hari ini dan ia menuntut mahasiswa untuk terus berusaha menguasai pelbagai kemahiran digital yang boleh dimanfaatkan apabila menamatkan pengajian di universiti.
“Sebagai mahasiswa,pastinya anda sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan akademik cemerlang. Namun,berdasarkan perkembangan semasa,pencapaian akademik cemerlang semata-mata masih tidak mencukupi dan perlu diimbangi dengan penguasaan kemahiran lain terutama berkaitan teknologi digital seperti AI. Penguasaan teknologi dan AI bukan sahaja membolehkan anda tersedia kepada pasaran industri,malah dapat membantu anda memulakan perniagaan media sendiri terutama ketika persaingan dalam pasaran tenaga kerja sangat sengit ketika ini.”
“Selain kemahiran itu,anda perlu juga mengimbangi pencapaian akademik dengan akhlak yang baik. Akhlak,etika dan adab yang baik ini sangat penting ketika kita menggunakan teknologi digital. Ini kerana,ruang siber dan teknologi digital juga tidak terkecuali daripada disalahgunakan seperti penyebaran berita palsu dan sebagainya. Bakal majikan juga boleh membuat penilaian awal hanya dengan meneliti kandungan-kandungan akaun media sosial anda dan apakah reaksi mereka jika mendapati kandungan tersebut sangat menjelikkan?,” jelas Dr. Mohd Khairie.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan kepada 265 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk Program Komunikasi,Program Multimedia dan Program Teknologi Media SMMTC.
Mahasiswa terbabit berjaya mencapai keputusan akademik cemerlang ditetapkan iaitu 3.67 ke atas bagi Purata Mata Gred Semester (PMS) untuk menerima Anugerah Dekan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur