2025-05-21 IDOPRESS

Tun Ahmadshah Abdullah disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada pukul 8.45 malam
KOTA KINABALU,20 Mei- Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 8.45 malam ini.
Berita pemergian Allahyarham disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong menerusi satu kenyataan.
“Kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari (esok) dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang dalam tempoh tersebut,” katanya.
Sementara itu,cucu Allahyarham,Arfanshah Abdul Gafar dalam hantaran menerusi Facebook memohon doa daripada orang ramai dan menyedekahkan al-Fatihah kepada datuknya.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat nenda saya Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah bin Abdullah yang telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital KPJ Kota Kinabalu. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Mujib,” katanya.
Ahmadshah,78,mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan pada 1 Jan 2003 dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyambung khidmat untuk penggal kedua bermula 1 Jan 2007 hingga 31 Dis 2010.
Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Inanam,di sini pada 9 Dis 1946 meninggalkan empat anak manakala isterinya,Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar meninggal dunia pada 2020.
Ahmadshah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik daripada Indiana State University,Amerika Syarikat merupakan seorang bekas penjawat awam dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sebelum bersara pada 9 Dis 2002.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan penting lain dalam kerajaan negeri antaranya Pengarah Perjawatan Negeri Sabah,Ketua (Bahagian Hal Ehwal Dalaman dan Penyelidikan) Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur