2025-05-21 IDOPRESS

Foto orang awam
GERIK,21 Mei - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya diserang tiga ekor gajah liar di Kilometer 11 Jalan Raya Timur-Barat,laluan Jeli ke Gerik,malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Zulkifli Mahmood,kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam ketika mangsa,39 tahun,memberhentikan kereta selepas terlihat sekumpulan gajah melintas jalan.
"Bagaimanapun,bunyi hon dari arah belakang dipercayai mencetuskan reaksi agresif haiwan berkenaan,sebelum tiga ekor gajah menghampiri dan merosakkan kenderaan mangsa dari pelbagai arah," kata Zulkifli menerusi satu kenyataan.
Mangsa yang panik sempat keluar dari kereta dan tidak mengalami sebarang kecederaan,namun keretanya mengalami kerosakan teruk di bahagian depan,belakang dan sisi.
Sehubungan itu,polis menasihatkan pengguna agar tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi sekiranya ternampak haiwan liar,bagi mengelakkan situasi tidak diingini.
Terdahulu,visual sebuah kereta rosak teruk selepas diserang gajah liar di lokasi sama tular di media sosial.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur