2025-05-21 IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,20 Mei- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi sejarah apabila diberi peluang untuk menaiki pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).
Beliau menerusi hantaran Facebook meluahkan pengalaman sama 15 tahun lalu ketika di Pangkalan Udara Gong Kedak pada tahun 2010.
"Ketika itu,saya masih lagi memegang amanah sebagai Menteri Pertahanan. Masih segar dalam ingatan,degup jantung sewaktu duduk di dalam kokpit pesawat yang digeruni dan dihormati ini.
"Suara juruterbang,kawalan komunikasi,kecekapan anggota TUDM yang bertugas,semuanya seperti baru berlaku semalam," luahnya menerusi hantaran itu.
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid,ia merupakan pengalaman luar biasa selain memberikan penghargaan tinggi terhadap kecekapan dan keberanian perwira-perwira udara negara.
"Pesawat Sukhoi SU-30MKM ini bukan calang-calang jentera. Ia melambangkan kekuatan udara negara dan kehebatan juruterbang yang mantap,berteraskan ketepatan teknologi serta disiplin tinggi pasukan pertahanan kita.
"Bila melihat semula gambar-gambar lama ini,saya tersenyum sendiri dan dalam hati sebenarnya cukup teruja hanya Allah SWT sahaja yang tahu," tambahnya.
LIMA'25 bertemakan 'Inovasi Hari Ini,Pencapaian Masa Hadapan' berlangsung selama lima hari bermula pada 20 hingga 24 Mei.
Pameran berkenaan turut menampilkan pelbagai segmen termasuk pertunjukan udara dan maritim,pameran teknologi terkini,serta forum dan persidangan yang membincangkan isu-isu semasa dalam industri pertahanan dan keselamatan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur