2025-05-21 IDOPRESS

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,21 Mei- Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual berlangsung beberapa hari sahaja lagi,rakyat Malaysia berharap isu perubahan iklim,jurang digitalisasi dan keselamatan makanan diberi tumpuan oleh para pemimpin rantau itu.
Petugas Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Eszereen Juferi,44,berkata harapan tersebut sejajar dengan komitmen ASEAN untuk membina sebuah rantau yang lebih inklusif dan mampan.
“Isu perubahan iklim dan jurang digital,khususnya dalam kalangan komuniti pedalaman,masih menjadi cabaran besar. Harapan saya ialah Malaysia dapat memainkan peranan utama dalam memperkukuh kerjasama serantau berkaitan keselamatan makanan,krisis iklim dan pemerkasaan digital,” katanya kepada Bernama.
Beliau turut berharap agar Sidang Kemuncak ASEAN 2025 akan membincangkan lebih banyak inisiatif yang memberi tumpuan kepada peluang ekonomi dan pekerjaan,terutama untuk generasi muda melalui sektor pendidikan,pelancongan dan pembangunan bakat.
Senada dengan beliau,Angel Ng,42,berpendapat ASEAN harus memanfaatkan kelebihan yang dimiliki seperti kekayaan sumber semula jadi dan kepelbagaian budaya sebagai daya tarikan pelancongan untuk manfaat bersama negara-negara anggotanya.
Katanya perkara ini dapat dicapai melalui semangat kejiranan ASEAN yang menekankan sokongan antara satu sama lain.
“Bersama-sama,kita mampu membina ASEAN yang lebih kukuh,hijau dan bersatu,” kata penjawat awam itu.
Roznah Abdul Jabbar,pula berkata usaha mengecilkan jurang pembangunan antara negara anggota amat penting bagi memastikan kemakmuran,keselamatan dan kemajuan rantau ini dapat dinikmati secara menyeluruh.
Katanya kerjasama erat dalam kalangan negara anggota ASEAN untuk mencapai kestabilan politik,meningkatkan perdagangan dan menggalakkan pelancongan serantau perlu terus diperkukuh kerana terbukti mampu merancakkan ekonomi rantau ini.
“Sebagai rakyat Malaysia,saya ingin melihat lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan hasil daripada pasaran pengguna yang lebih luas dan ekonomi yang pelbagai. Begitu juga dengan kemudahan perjalanan untuk kerjaya dan pekerjaan rentas sempadan,” katanya.
Bagi Lacey Elizabeth Stanely,negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dalam memperkukuh ekonomi,meningkatkan mobiliti dan pendidikan,serta memperluas akses kepada pelbagai peluang serantau yang mampu mewujudkan persekitaran pertumbuhan jangka panjang.
“Saya berharap ASEAN tahun ini dan pada masa akan datang menjadi sebuah rantau yang menekankan perpaduan serta integrasi serantau yang lebih kukuh,pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif,transformasi digital serta tindakan iklim yang komprehensif.
“Selain itu,kerjasama dalam bidang kesihatan dan kesiapsiagaan menghadapi pandemik juga perlu dipertingkatkan,dengan ASEAN yang berorientasikan rakyat agar manfaat integrasi dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat,” kata Pegawai Bomba Kanan itu.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 akan bermula dengan mesyuarat peringkat pegawai kanan pada 23 Mei,diikuti mesyuarat peringkat menteri pada 25 Mei,manakala mesyuarat ketua-ketua kerajaan akan bermula pada 26 Mei.
Tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan' diangkat sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global. Komitmen Malaysia adalah untuk memperkukuh pemusatan ASEAN,memupuk kerjasama ekonomi serta memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur