2025-05-21 IDOPRESS

Pengurus Kaunseling Unit Perkhidmatan Kaunseling TH,Azlina Abd Wahid
MEKAH,21 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) bagi membantu jemaah haji Malaysia sepanjang tempoh kemuncak Hari Masyair Musim Haji 1446 Hijrah ini.
Pengurus Kaunseling Unit Perkhidmatan Kaunseling TH,Azlina Abd Wahid berkata,program itu menyediakan sokongan khusus kepada jemaah haji memerlukan terutama mereka yang berumur 70 tahun ke atas yang tidak mempunyai pengiring.
"Melalui program ini kita kenal pasti jemaah-jemaah haji yang kurang berupaya,warga emas yang tiada pengiring dan mereka yang mempunyai kekangan daripada segi untuk menguruskan diri. Kita akan kumpulkan mereka dan santuni mereka di sepanjang tempoh kemuncak Hari Masyair nanti," kata Azlina kepada pemberita,di sini.
Katanya,kumpulan jemaah yang memerlukan perhatian rapi akan dikenal pasti dengan maktab dan pasukan perubatan Tabung Haji.
Sepanjang tempoh tujuh hari pelaksanaan program,bermula 7 hingga 14 Zulhijjah,kumpulan berkeaan akan diwakili Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam melaksanakan ibadah wajib seperti tawaf,sa’i dan melontar.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur