2025-05-21 IDOPRESS

Poster SEMICON SEA 2025
KUALA LUMPUR,19 Mei- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyertai SEMICON Southeast Asia (SEA) 2025 buat kali ke-10 berturut-turut,iaitu platform utama rantau ini bagi industri elektronik dan semikonduktor global.
Penyertaan tersebut sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kedudukannya sebagai hab utama dalam rantaian bekalan semikonduktor serantau,di tengah-tengah perubahan dinamik perdagangan global dan ketidaktentuan geopolitik.
Sebanyak sembilan syarikat tempatan bakal mengambil bahagian dalam pameran tersebut,mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang merangkumi penyelesaian antaramuka ujian,pembangunan ujian serta peralatan ujian automatik (ATE).
Selain itu,turut ditampilkan ialah komponen seperti soket ujian,perkhidmatan integrasi sistem,struktur,rangka dan sarung peralatan dan MATRADE juga akan mengetengahkan perkhidmatan pengurusan sisa elektronik (e-waste) sebagai sebahagian usaha menggalakkan amalan ESG dalam industri.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE,Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata,penyertaan itu selari dengan strategi negara untuk mengukuhkan ekosistem domestik dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan semikonduktor dan elektronik negara.
“Penyertaan MATRADE dalam SEMICON SEA 2025 juga merupakan sebahagian daripada usaha strategik kerajaan untuk mempertingkat kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global. Ia turut memperkukuh peranan MATRADE dalam membuka pasaran baharu serta meneroka peluang perniagaan di luar rakan dagang tradisional,” katanya.
Pada tahun 2024,perdagangan sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia mencatatkan nilai 1.057 trilion ringgit,dengan eksport menyumbang 601.21 bilion ringgit.
Amerika Syarikat,Singapura,Hong Kong,China dan Taiwan kekal sebagai antara destinasi eksport utama bagi produk E&E Malaysia dan secara purata,eksport ke rantau Asia Pasifik meningkat lebih 11 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur