2025-05-21 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 Mei- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin,disokong oleh aliran peningkatan pasaran minyak soya,kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata penyusutan nilai ringgit turut menjadi faktor sokongan untuk sentimen jangka pendek.
“Sehubungan itu,kami melihat paras sokongan pada RM3,800 satu tan manakala rintangan pada paras RM4,000 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM pulih didorong oleh keyakinan permintaan yang meningkat,khususnya dari pasaran utama seperti India,China dan Afrika.
Pemulihan itu turut disokong oleh jangkaan peningkatan 5.0-9.0 peratus dalam eksport minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1-20 Mei,2025 dengan angka sebenar akan diumumkan esok.
“Penurunan harga sawit,pemulihan diskaun sawit dan pengurangan eksport MSM Malaysia dalam penghantaran bulan Jun mungkin telah meningkatkan harga komoditi itu hari ini,” katanya.
Di akhir urus niaga,kontrak bulan semasa Jun 2025 meningkat RM52 kepada RM3,891 satu tan,Julai 2025 meraih RM65 kepada RM3,893 satu tan manakala Ogos 2025 menokok RM67 kepada RM3,882 satu tan.
September 2025 pula naik RM66 kepada RM3,874 satu tan,Oktober 2025 melonjak RM63 kepada RM3,872 satu tan dan November 2025 menambah RM59 kepada RM3,877 satu tan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 56,961 lot daripada 74,573 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka turun kepada 237,903 kontrak daripada 239,366 sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan meningkat RM40 kepada RM3,950 satu tan.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur