2025-05-21 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,19 Mei- Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menerbitkan Laporan Bersepadu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (IR2024) dengan rekod agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM14.5 bilion kepada pemegang unitnya untuk 18 dana Harga Tetap (FP) serta Harga Berubah (VP).
PNB dalam satu kenyataan memaklumkan pencapaian itu didorong persekitaran makroekonomi dan pasaran modal positif serta strategi kepelbagaian aset berterusan.
Jumlah pendapatan bersih kumpulan PNB meningkat sebanyak 30.2 peratus daripada RM13.04 bilion pada tahun 2023 kepada RM16.97 bilion.
PNB terus menjadi syarikat pengurusan aset pilihan utama yang dipercayai semua rakyat Malaysia,dengan bilangan pemegang akaun unik dan jumlah akaun masing-masing meningkat ke paras tertinggi iaitu 13.1 juta dan 16.2 juta.
Sehubungan itu,jumlah aset bawah pengurusan (AUM) kembali pulih,mencecah RM348.3 bilion,berkembang daripada RM337.0 bilion seperti yang dicatatkan pada 2023.
Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda memaklumkan,Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengagihkan dividen tertinggi selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengagihkan jumlah pendapatan sebanyak 5.75 sen iaitu yang tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.
"Kami berbesar hati dengan prestasi kukuh yang dicapai oleh PNB pada tahun 2024 dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengagihkan dividen tertinggi,memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dengan dana utama kami,Amanah Saham Bumiputra (ASB)," menurut Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Menuju ke tahun 2025,
Sementara itu Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad pula memaklumkan sikap realistik mengenai keadaan makroekonomi dan pasaran modal diperukan.
"Memandangkan perkembangan geopolitik
terkini dan perubahan asas dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat,kami mengambil maklum bahawa kami perlu bersikap realistik mengenai keadaan makroekonomi dan pasaran modal yang akan menjadi semakin tidak menentu dan berisiko tinggi pada tahun hadapan.
"Bagi menghadapi cabaran ini,PNB akan terus teguh melaksanakan inisiatif strategik merentasi enam teras yang telah kami bangunkan di bawah Pelan Strategik kami.
"Fokus kami kekal untuk melestarikan prestasi dana-dana kami melalui strategi kepelbagaian aset yang berterusan,selaras dengan komitmen kami untuk memberikan pulangan yang konsisten dan berdaya saing kepada pemegang unit kami," menurut Datuk Abdul Rahman Ahmad.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur